Pages

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu telah mengenal pasti 20 jalan utama di negeri ini sebagai berisiko kemalangan maut setiap kali musim perayaan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, jalan berkenaan ialah di Besut, Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan Dungun.

JPJ akan memantau di jalan berkenaan dari 27 Ogos hingga 29 Sept ini bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Di Kuala Terengganu:

1. Km15-Km24 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu

2. Km4-Km12 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang

3. Km15-Km35 Jalan Kuala Terengganu Kampung Raja

4. Km6-Km10 Jalan Kuala Terengganu-Seberang Takir.

Di Besut:

1. Km98-Km114 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

2. Km6-Km10 Jalan Kampung Raja-Alor Lintang

3. Km1-Km20 Jalan Jertih-Kampung Raja

4. Km1-Km35 Jalan Jertih-Keruak

5. Km1-Km28 Jalan Jertih-Bukit Puteri.

Di Marang:

1. Km18-Km60 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

2. Km15-Km28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang

Di Dungun:

1. Km61-69, Km74-Km89 dan Km91-Km102 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

2. Km58-Km75, Km77-Km89 dan Km95-Km 108 Jalan Jerangau-Jabor

Di Kemaman:

1. Km110-115, Km120-138, Km140-141 dan Km149-158 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

2. Km122-Km148 dan Km155-Km179 Jalan Jerangau-Jabor

3. Km14-Km16 Jalan Cukai-Air Putih

Di Setiu:

1. Km46-Km49, Km51-Km53, Km65-Km68 dan Km82-Km84 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu

2. Km41-Km44, Km65-Km68 dan Km73-Km75 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja

3. Km32-Km35 Jalan Sungai Tong-Kuala Berang

0 Responses so far.

    About Me

    My Photo
    Katak Gergasi
    ermm...seekor katak yang suke melompat dan xsuke melompat parti. oppss..silap ;p
    View my complete profile

    Followers